Wednesday, July 05, 2006

Pas Bukan Parti Reform

Pas tidak akan berubah, singkapan penuh yakin dari Fathi Aris Omar melalui blognya (patahbalek) beberapa hari sebelum muktamar parti Islam itu buat kali ke 51 di Kota Sarang Semut, Kedah Darul Aman.

Ketegangan Abdullah - Mahathir menampakkan taring dan kuku tajam mereka. membuka niat dan cara politik mereka, Fathi betul rupanya Pas tidak akan dan mahu berubah.

Pas telah mendapat laba paling lumayan setiap kali berlaku krisis dalam Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, krisis 1987, krisis 1998 mereka memperolehi undi yang banyak setiap kali pilihan raya umum selepas krisis dalaman Umno.

Pas sememangnya tempat mengadu bagi orang yang gagal dalam Umno, atau mahu bertaubat atas dosa yang pernah lakukan, lalu berkopiahlah dan takbir. Itu sahajalah yang mereka dapat, Bagi mengubah keadaan Malaysia kepada lebih baik dalam soal hak rakyat dan demokrasi, nampak samar -- mereka cuma jualkanya dalam waktu mereka kalah. Selepas menang tiada satu pun yang jelas Pas lakukan.

Kini mereka menghidu lagi Umno akan berantakan lalu menghantar "jeneral" atasan mereka menghadiri pertemuan Dr Mahathir yang pernah dilabel mereka sebagai mahafiraun, thogut dan cercaan yang menghinakan.

Mungkin mereka akan katakan kepada penyokong atau sekutu mereka, Parti Keadilan Rakyat, ini adalah strategi. Pas tidak mahu bekerjasama dengan Mahathir sebaliknya hanya mahu mendengar dan menggunakan buah peluru Mahathir untuk menyerang BN dan Umno yang nampak kewalahan. Peliknya jika tidak mahu bekerjasama mengapa wujud khabar mahu pula membantu Dr Mahahthir meneruskan raod show di Kelantan.

Pas tidak mahukan perubahan dinegara ini, reformasi yang disertainya suatu masa dahulu bukan untuk mengubah nilai politik kaum dan ekslusif agama yang menyebal dinegara ini. Sebaliknya itulah lubang paling kuat untuk mendapat undi pilihanraya. Nah 2004 mereka terlalu yakin, keadilan dipinggir dalam pembahagian kerusi lalu tanpa perbincangan kemuka dokumen negara Islam, dan kalah.

Kali ini mereka percaya gentelan Mahathir kepada Abdullah akan membangkit sentimen rakyat, menyokong Mahathir bermakna Pas telah tersangkut sindrom suka kepaa tekanan. Mahu terus terpenjara dan Mahathir adalah seorang Perdana Menteri yang betul kerana dia berkuasa penuh. Abdulah Badawi bukan demokrat dan tetap mewarisi sistem Mahathir, cuma mungkin dia lemah dan tidak berhati waja. Dua sahaja pesan saya kepada Pas

1. Takut-takut nanti, apa yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran, dengar guruh berbunyi air setempayan di buang.

2. Sudah masanya Pas percaya dengan modalnya sendiri, dengan tingkah begini ternyata mereka sentiasa menumpang orang, dulu Ku Li, Anwar kemudian kini Mahathir. Haji Hadi apakah politik Islam ini hanya strategi dan menungang orang.

6 Comments:

At 7:33 PM, Blogger rastom said...

simaha ada agenda BESAR sebagai persiapan menjelang hari hadirnya ke mahkamah. Apa agenda nya? Sama sama kitaa perhatikan langkah yang diambil..masih ada kaitan dengan divide and conquer...

 
At 7:49 PM, Blogger Andin Salleh said...

PAS hendak menangguk di air keruh lagi, setelah dahulunya mendapat keuntungan politik dengan menunggangi isu Anwar Ibrahim.

Mungkin dengan "bersekongkol" dengan Mahathir, mereka berharap akan mendapat keuntungan politik sekali lagi.

Akan tetapi, pada pendapat saya, pada masa ini orang-orang UMNO hanya "bencikan" Dolah Badawi dan menantunya; bukan benciikan parti itu.

Persekongkolan PAS dan Mahathir mungkin boleh mempercepat kejatuhan Dollah Badawi.

Tapi orang UMNO akan tetap menyokong UMNO dan tidak akan berduyun-duyun menyertai kafilah PAS!

 
At 8:29 PM, Blogger Khalid Jaafar said...

Pas perlu menumpang orang dan menanguk di air keruh kerana modal politik Islamnya tidak mencukupi. Kalau Pas bergantung semata-mata dengan modal politik Negara Islamnya tapak politiknya bukan bertambah lebah, ianya akan bertambah kecut. Pas tidak memonopoli golongan berpendidikan agama. Berapa ramai PhD Timur Tengah yang menyertai Umno. Sekarang ini minat pelajar-pelajar Timur Tengah menyertai Keadilan juga meningkat. Kesangsian bahkan ketidakpercayaan NGO kepada Pas sekarang ini semakin meningkat kerana pendirian Pas terhadap prinsip-prinsip perlembagaan yang kabur dan kegemaran Pas untuk menangguk di air keroh dengan mengipas isu-isu agama dan perkauman.

 
At 9:18 PM, Anonymous Anonymous said...

Maha ada agendanya, melepas diri disamping menarik sokongan lawan. Tapi yang pelik dan ajaibnya juga sengetnya parti atau kafilah yang sekian lama melawanya atau pemikiranya tertarik dan mungkin menyebab penyokongnya hilang iman

 
At 9:08 AM, Blogger che'GuBard said...

seperti ku tahu siapa di belakang blog ini dan blog parti islam ....

i know what u did last summer.............heeeee

 
At 9:08 AM, Blogger che'GuBard said...

seperti ku tahu siapa di belakang blog ini dan blog parti islam ....

i know what u did last summer.............heeeee

 

Post a Comment

<< Home