Mahathir akan selamatkan Kelantan ? - 1

Pas telah berada pada tahap sesak. Imej ulama` dan tawaduk pimpinannya telah mula tidak dilayan oleh sebahagian rakyat Kelantan. Mereka perlu imej baru, ataupun mungkin menampilkan wajah mereka sebetulnya. Selama ini Pas beretorik dalam ceramah dan media -- Pas sebagai jemaah yang ingin membela Islam, bukan hanya parti mahukan kepentingan politik yang boleh dialihkan kepada undi dan kuasa, telah menyebabkan ramai keliru. Bukan hanya pengundi malahan ahli-ahli dan pimpinan mereka juga terkeliru dengan propaganda mereka sendiri.
Dalam hal ini Pas lebih kurang dengan Umno yang mengelarkan diri pembela bangsa melayu, juga selalu menggunakanya untuk kepentingan politik dan menutup tingkah tidak bertamadun yang diamalkan. Kalau direnung jauh sedikit memang tiada beza, kerana melayu dan Islam sering bergandingan dalam faham rakyat Malaysia. Ternyata Pas dan Umno mengukuhkan elemen pemahaman ini menjadikan mereka berkongsi penyokong.
Tampilan wajah mereka kali ini akan menyedarkan ramai pihak khususnya yang muda-muda dan baru mengenal politik -- bahawa Pas memang parti politik betulan. Bagi yang telah berumur pasti telah di ingatkan melalui detik sejarah bagaimana Pas masuk perikatan, berkerjasama dengan Ku Li, Anwar yang dicemuhnya dahulu dan Mahathir sekarang. Dengan ini juga Pas telah boleh dinilai melalui kacamata politik. Bukan lagi kacamata fanatik melayu-Islam yang sering menyelamatkan mereka dengan serban dan jubahnya.

Pas memang telah terdesak, memang perlukan perubahan, tapi Mahathir bukan jawapanya. Track record dan kepimpinanya telah terbukti selama ini. Mungkin cara mahathir cocok dengan Pas tapi bukan untuk tarik lebih banyak undi masuk pada mereka. Mahathir juga akan merencatkan lagi usaha mencambahkan demokrasi dinegara ini. Lihatlah buku Menghadapi Cabaran, tulisan Mahathir, dia cukup konsisten dengan pandanganya selama ini dan telah menyebabkan Malaysia tersungkur dari semua segi, sukan, ekonomi, bijaksana dan pembangunan. Saya akan ulas buku ini satu persatu nanti.
Dengan keadaan ini apakah Mahathir mampu berikan harapan lagi, atau sememangnya Pas telah bangkrap nilai dan idea.
1 Comments:
Kita jangan terlalu menyalah PAS, kerana orang yang menjalinkan hubungan dengan Mahathir adalah Husam. Bacaan Husam mudah, kononnya dengan celuparnya Mahathir, dan menyediakan ruang untuk bekas Perdana Menteri itu, maka Umno, khususnya di Kelantan akan menang. Dan satu lagi strategi serampang dua mata Husam ialah untuk mengenepikan Anwar Ibrahim.
Ini politik jahat yang sudah menjadi budaya Pas. Akhirnya, memang Pas boleh dipersalahkan?
Post a Comment
<< Home