Sunday, July 16, 2006

Mahathir sebagai sebuah penyakit 1



Sepanjang 22 tahun Malaysia, sejak dibawah pemerintahan Mahathir mengalami sebuah penyakit yang yang kronik dan menebar dengan cepat dan pantas. Penyakit ini telah menjadi epidemik saya panggil sebagai penyakit Mahahthir.

Sindrom atau tanda-tanda penyakit ini adalah prejudis. Mahahthir sebutkan dalam ucapanya di Melawati sebagai suspicious mind -- minda curiga. Prejudis ini sebenarnya hasil dari sifat tidak yakin dirinya. Sebab itu kempen Mahahthir sentiasa menuju kepada kebencian. Kebencian terhadap kritik, kebencian terhadap kaum lain, kebencian kepada barat hinggalah kebencian kepada yahudi.

Kalau dalam negara diterjemah kepada undang-undang drakonianya, OSA, ISA, Auku, Akta Mesin Cetak dan akta-akta warisan British yang cukup menakutkan pengkritik, Ngo mahupun penyokong beliau.

Membaca buku beliau Menghadapi Cabaran sedikit sebanyak menceritakan virus-virus pemikiran yang beliau serapkan sepanjang pemerintahnya. Di sini saya sebutkan satu virusnya iaitu anti-polemik. Dalam pendahuluan bukunya yang terbit tahun 1976 itu beliau awal-awal lagi memberi amaran kepada pembaca supaya jangan mencari kesalahan dalam bukunya, kerana katanya ia pasti dapat dikesan jika dicari.

Lihatlah corak politik beliau, mana pernah mengaku salah dan tidak tahu. Amat ekstrem pula dibandingkan dengan Abdulah Badawi, kerana Perdana Menteri kita ini seperti semuanya dia tak tahu.

Dalam tulisan tentang polemik, beliau mengatakan orang melayu telah tepu dengan polemik sehingga tiada tindakan, dia keliru nampaknya antara polemik dan khabar angin dan menanamkan perkara palsu itu sehingga sekarang majoriti kita amat benci dengan pertentangan pendapat. Ataupun dia sebenarnya keliru antara orang melayu dengan India -- kalau kita lihat Arguementative Indian, tulisan Amartya Sen, orang India ada tradisi berargumen. Mereka bangga denganya dan sekarang lihatlah pada India, apakah kita mampu mengharung keluasan pengaruh India.

Penyakit Mahahthir ini, bukan lagi masalah personal ini masalah bangsa kita, bangsa Malaysia. Justeru kalau ada kalangan kita melihat Mahathir sebagai penyelamat dan penyelesaian masalah kelelehan Abdulah, nampaknya kita balik semula kebelakang, melepaskan kembali serigala yang telah dihambat.

1 Comments:

At 8:28 PM, Blogger rastom said...

Langkah menyedarkan golongan Melayu Mudah Lupa mesti dipertingkatkan. Mantra MML itu cukup mujarab untuk sesetengah jiwa sehingga terlupa lalu bertepuk tangan dikala bait bait puaka itu di deklamasikan. Sesungguhya ada permainan meta-mantra dalam setiap ayat dan dasar yang telah di publikasikan sekian tempoh 22 tahun. Gerak aktif internet mampu menyintuklimaukan sumpahan bak Siren Amazonia yang melalikan siapa saja yang terdengarnya tidak kira kaum borjuis, intelektual atau marhaen. Kita bisa menyingkap wajah wajah sebenar para profesor kangkong yang menghuni kesemua IPTA (satu pembaziran sumber kewangan negara)...menara gading perlu dikembalikan kepada yang berilmu dan berani dengan ilmunya.

 

Post a Comment

<< Home