Wednesday, August 02, 2006

Pintu Damai Pas-Islam Liberal

Pintu damai antara Pas dan musuh semasa akidah serta politiknya, Islam Liberal (IL) kini terbuka. Paling tidak boleh sahaja gencatan senjata diumumkan, atau boleh juga diumumkan Pas sedia memaafkan IL jika mereka benar-benar bertaubat.

Tali persaudaraan itu boleh dikesan pada tulisan Luthfi Assyaukanie, pengarah RePro (religus reform), bulan lalu di sebuah akhbar perdana Indonesia. Luthfi telah, menyerang gagasan Islam Hadhari , pimpinan Pak Lah. Paradok dan gondol itulah kesimpulan yang dibuat Luthfi terhadap gagasan Islam Hadhari. Tulisan tersebut boleh diakses di web rasmi jaringan Islam Liberal, www.islamlib.com. Atas semangat kira-kira politk Pas selama ini; enemy of our enemy is our friends, sudah pasti IL boleh jadi teman strategik untuk membenam Islam Hadhari yang bidaah. Lebih-lebih lagi masih ada slogan Islam pada IL setidak-tidak pada nama mereka.

Kalau kita menelaah lagi secara lebih politik, tulisan Luthfi juga berpotensi membuka satu pintu baru buat Pas yang melaungkan "Islam Sebenar" untuk berkawan dengan Islam Hadhari (IH). Kerana Luthfi melihat gagasan IH, tidak setanding namanya, bersandarkan gagasan pencerahan, namun IH dipenuhi dengan unsur ortodok dan konservatif. Paling baru ugutan kerajaan terhadap penganjur forum perkara 11 nampak selari dengan demonstrasi yang dibuat dan digerakkan oleh BADAI, sebuah badan di bawah Pemuda Pas, yang menghalang forum dan perbincangan kumpulan perkara 11 terus berlangsung.

Pas harus membuat pilihan sekarang, samada bergencat senjata dengan IL atau boleh sahaja bercantuman dengan IH. Takbir

0 Comments:

Post a Comment

<< Home