Wednesday, September 27, 2006

Mat Rempit Dan Putera Umno



2-3 tahun lalu sewaktu melalui sekitar jalan Tunku Abdul Rahman, selepas menikmati makanan melayu Kampung Baru, saya dan beberapa teman yang lain menemui selonggokan 'mat rempit" yang sedang mengayakan aksi malam minggu mereka.

Bunyi bising yang keluar dari ekzos motor mereka menyebabkan malam tersebut jadi bingit dan kami agak gundah gulana melihat aksi berani mereka. Seorang teman bising-bising kerana bimbangkan keretanya akan dilanggar oleh gerombolan "mat rempit" yang diayak dan dikejar oleh kereta peronda polis.

Lantas seorang lagi kawan yang telah agak tua, berkata "mereka ini akan berhenti apabila Hishamudin Tun Husien Onn dan Pemuda Umno, datang dan melepas perlumbaan mereka"

kata-kata tadi disambut deraian ketawa kami berempat, selepas itu kami berempat berganti ganti menambah 'perisa' lawak spontan politik tersebut dengan membayangankan cucu kepada bekas pengkhianat pertama Umno itu yang nampak terketar-ketar berkata-kata, baju putih, seluar hitam juga Keris sebagai lambang kemelayuan menyebabkan mat rempit jadi boring, mungkin bertempiaran lari sambil jerit "POYO la lu". Mungkin mereka yang masih mahu berlumba adalah dikalangan mat skema dan opurtunis seperti Pemuda Umno yang telah dijenamakan semula jadi mat cemerlang, terbilang.

Agaknya lawak jenaka kami dibawa angin dan sampai dikepala Dato` Azeez - Ketua Putera yang gagah dan obes itu, kerana sekarang Pergerakan Pemuda yang telah mempunyai sayapnya Putera Umno, bercita-cita mengumpul 50 000 mat rempit seluruh negara, untuk menasihatkan mereka "jangan berlumba lagi, lihatlah masa depan orang melayu, berjaga -jaga dengan....".

Ramai pihak membantah kerana takutkan situasi tidak terkawal sebagaimana yang telah dilaporkan beberapa media tentang perilaku mat rempit dalam ekspedisi putera bersama mereka hari Merdeka lalu.

Saya pula menyokongnya, kerana saya mahu lihat hipotesis kawan jadi nyata atau sebaliknya. Atau ia sebenaranya lawak kosong semata.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home