Wednesday, August 16, 2006

Sharifah Amani Jadi Tempat Tumbuk



Sharifah Amani, kini jadi tempat lepas geram--jadi bantal penumbuk, gara-gara kata-katanya "i would sound like stupid if i were speak in malay" semasa beliau diumumkan buat kali kedua memenangi anugerah pelakon wanita terbaik, pada malam Festival Filem Malaysia ke 19, Ahad lalu.

Pas melalui Haji Mahfuz Omar mengesa kerajaan menarik balik anugerah Gubra, pejuang bahasa, Pemuda Umno, Puteri Umno termasuk sasterawan muda -- yang belum jadi sasterawan negara, Faisal Tehrani mengecam Amani juga Gubra, ada juga meminta Amani meminta maaf kepada umum akibat perkataanya.

Dua sebab kemarahan mereka, pertama soal bahasa, Amani dianggap menghina bahasa Melayu. Apatah lagi dengan terjemahan buruk Utusan Melayu terhadap kata-kata Amani apabila "sound" ditakrif sebagai "rasa", bukan "kedengaran". Sedangkan sebahagian dari mereka ini tidak pernah menunjukkan rasa bersungguh-sungguh ketika kerajaan menukar bahasa pembelajaran sains dan matematik. Ada juga dikalangan mereka menyokong didepan, mengutuk-ngutuk dibelakang, menerima anugerah, dan juga menyokong dasar kerajaan dalam hal bahasa melayu. Hairan juga kata-kata Amani dilihat lebih besar kesannya dari kebijakan kerajaan. Memang menumbuk budak kecil lebih mudah dari menangkap pencuri. Apakah negara ini telah berantakkan nilai, membuli budak kecil lebih mulia dari menangkap pencuri?

Keduanya kemarahan tertumpu dari sudut Islam dan bangsa, Gubra dianggap merosak faham Islam dengan menyelit kata-kata Ar Rumi, malahan sebilangan menganggap adegan sembahyang diakhir filem tersebut mencermin gagasan pluralisme agama. Manakala adegan gomol dan wanita memarahi suami dianggap tidak melayu dan merosakkan.

Buat faisal, jiwa rasa dan seangkatanya, memang semua agama memohon keselamatan dan kerahmatan dari tuhan. Tuhan mereka mungkin bukan Allah, mungkin juga Allah, Oleh itu mengapa kita harus menghalang usaha untuk mencari keselamatan, kerahmatan, dan keridhaan. Bagi saya yang paling penting ialah ciri-ciri kebaikan dan keadapan sesama manusia juga ditekan oleh semua agama. Dan berbaik lah sangka, mungkin syurga tuhan masih besar untuk semua insan yang beragama. Insyaalah

Wednesday, August 02, 2006

Pintu Damai Pas-Islam Liberal

Pintu damai antara Pas dan musuh semasa akidah serta politiknya, Islam Liberal (IL) kini terbuka. Paling tidak boleh sahaja gencatan senjata diumumkan, atau boleh juga diumumkan Pas sedia memaafkan IL jika mereka benar-benar bertaubat.

Tali persaudaraan itu boleh dikesan pada tulisan Luthfi Assyaukanie, pengarah RePro (religus reform), bulan lalu di sebuah akhbar perdana Indonesia. Luthfi telah, menyerang gagasan Islam Hadhari , pimpinan Pak Lah. Paradok dan gondol itulah kesimpulan yang dibuat Luthfi terhadap gagasan Islam Hadhari. Tulisan tersebut boleh diakses di web rasmi jaringan Islam Liberal, www.islamlib.com. Atas semangat kira-kira politk Pas selama ini; enemy of our enemy is our friends, sudah pasti IL boleh jadi teman strategik untuk membenam Islam Hadhari yang bidaah. Lebih-lebih lagi masih ada slogan Islam pada IL setidak-tidak pada nama mereka.

Kalau kita menelaah lagi secara lebih politik, tulisan Luthfi juga berpotensi membuka satu pintu baru buat Pas yang melaungkan "Islam Sebenar" untuk berkawan dengan Islam Hadhari (IH). Kerana Luthfi melihat gagasan IH, tidak setanding namanya, bersandarkan gagasan pencerahan, namun IH dipenuhi dengan unsur ortodok dan konservatif. Paling baru ugutan kerajaan terhadap penganjur forum perkara 11 nampak selari dengan demonstrasi yang dibuat dan digerakkan oleh BADAI, sebuah badan di bawah Pemuda Pas, yang menghalang forum dan perbincangan kumpulan perkara 11 terus berlangsung.

Pas harus membuat pilihan sekarang, samada bergencat senjata dengan IL atau boleh sahaja bercantuman dengan IH. Takbir