Thursday, January 04, 2007

Salam 2007 & Berkorbanlah Rakyat


(Imej terima kasih Mkini)

Pintu tahun 2007 dibuka seiring sambutan hari raya korban, sebagai menghayati sambutan itu, kerajaan kita yang bertemakan tamadun, telah menaikan sehingga 25-60 peratus harga tol bagi lima lebuhraya di Lembah Klang dan Karak (lebuhraya yang menghubungkan Kuala Lumpur-Pahang). Kerajaan dengan sukacita mengajak rakyat untuk berkorban setiap masa, terutamanya penduduk Kuala Lumpur dan Selangor.

Sudah pasti kenaikan ini menjejaskan hidup orang Kuala Lumpur dan Selangor, kebanyakkan mereka bergaji tetap, kenaikan kos bagi salah satu item ini akan menganggu perbelanjaan mereka (lobang mana lagi mahu di gerudi--selain mencuri dan korupsi) apatah lagi bagi yang telah mempunyai anak yang bersekolah pasti menepuk nepuk dahi kerisauan.

Sambil itu pemimpin-pemimpin kerajaan tidak rela walau RM 10 ringgit pun gaji mereka di potong, suka saya meningatkan bagaimana sarana Lim Kit Siang ketua pembangkang di Parlimen atas kegagalan pendidikan tinggi negara -- ditunjukkan dengan penurunan kualiti universiti tempatan dan juga surat Dr Wan Azizah, ahli parlimen Permatang Pauh kepada Menteri Pelajaran yang menunjukkan pengendalian dan polisi terhadap pendidikan rendah negara menurun jika dibandingkan dengan beberapa buah negara Afrika.

Hari ini di dada akhbar diuar-uarkan kejayaan Abdullah, memacu ekonomi, menutup mulut pengkritik dan mengalakkan pelabur ke dalam negara juga membina polisi yang berbeza dari zaman Dr Mahathir.Sedangkan kenyataannya kita telah tertiarap di no 4 dikalangan negara Asean di kacamata pelabur luar, dasar pengekangan kebebasan yang di jalankan Mahahthir telah digunakan Abdullah terhadap Mahathir juga Anwar. Kita juga pasti teringat penegasan Khairy awal Disember lalu, zaman kebebasan luas sudah berakhir.

Maknyanya tahun 2007 -- 2008 yang juga tahun-tahun pilihanraya menjanjikan ketutupan, pengongkongan dan akhirnya kerajaan berbuat apa sahaja (naik tol, naik harga minyak, skandal itu ini, sekolah tak siap,dan banyak yang tak tertulis lagi) tanpa dibenarkan diperiksa atau ditegur. Rakyat dikorbankan untuk kemenangan BN.

1 Comments:

At 12:20 AM, Anonymous Anonymous said...

http://jamilkucingpondan.blogspotcom

 

Post a Comment

<< Home